Tuesday, January 25, 2011

Pencapaian PMR 2010

Peratus Pencapaian PMR Tahun 2010 adalah 93.75%. Gred purata telah meningkat daripada 2.06 kepada 1.97. Pelajar yang mendapat 8A juga meningkat kepada 32 orang, 7A seramai 22 orang, 6A seramai 13 orang dan 5A seramai 5 orang. Tahniah kepada semua guru yang terlibat secara lengsung dan tidak langsung dalam meningkatkan prestasi keputusan PMR sekolah kita.


Friday, January 14, 2011

Lagu Sekolah SMKPP16(1)



SMK Putrajaya 3
Dengan megah sinari cahaya
Membina generasi masa depan
Jadi orang berguna

Berwawasan Berilmu dan Berbakti
Itulah pegangan kami
Menjunjung cita-cita Negara
Asuhan guru mulia

Dengarlah suara hati
Kami insan semangat waja
Berikrar dan berjanji
Akan membela bngsa

korus

Dengarlah suara hati
Kami insan semangat waja
Berwawasan, Berilmu
Berbakti kepada Negara

SMK Putrajaya 3
Namamu abadi selamanya
Harum sepanjang masa
Jadi kebanggaan kita

Ulang korus

Lambang keunggulan
SMK Putrajaya….Ti…..Ga

Galeri



[Masih Dalam Pembinaan]

Hubungi SMKPP16(1)



Alamat:

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16 (1)
NO.3, JALAN P16G, PRESINT 16
62150 W.P.PUTRAJAYA

No. Telefon:

03-8880248

Fax:

03-88885144

Sejarah Sekolah



SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya 3 terletak di Presint 16, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Lokasi sekolah ini terletak di kawasan Pusat Pentadbiran Putrajaya. Sekolah ini merupakan sekolah ketiga dibuka di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan memulakan operasi pada tanggal 6 Januari 2003. Keluasan SMK Putrajaya 3 ialah kira-kira 12.5 hektar dan mempunyai 6 blok utama.
Pada tahun pertama beroperasi, sekolah ini hanya mempunyai 145 orang pelajar. Pelajar yang terlibat ialah pelajar tingkatan satu (3 buah kelas) dan tingkatan 2 (3 buah kelas). Pelajar-pelajar ini datangnya dari sekolah di sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya seperti dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya 1 dan Sekolah Kebangsaan Putrajaya 2 dan juga murid yang baru berpindah kerana mengikut keluarga yang baru bertugas di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Bilangan guru pada tahun tersebut ialah seramai 25 orang dan staf sokongan seramai 7 orang. Kelas tingkatan empat bermula pada tahun 2004 dengan bilangan pelajarseramai 69 orang. Terdapat dua kelas sains dan teknologi dan satu kelas sastera.
Kini bilangan kelas pada tahun 2007 telah bertambah sebanyak 23 kelas. Tingkatan 1 hingga tingkatan 3 terdapat 15 kelas, tingkatan 4 dan tingkatan 5 terdapat 8 kelas dengan jumlah pelajar 677 orang pelajar (Ogos 2007). Bilangan guru adalah seramai 62 orang dan staf sokongan seramai 17 orang.
Pencapaian pertama sekolah ini ialah dalam peperiksaan PMR pada tahun 2004 iaitu seramai 8 orang pelajar telah berjaya mendapat 8A daripada 80 orang calon dengan peratus kelulusan ialah 84.62 peratus.

Pengetua pertama sekolah ini ialah Cik Rusnani bt Mohd Sirin yang mula menjalankan tugas pada 16 September 2003 sehingga September 2005. Pengetua kedua yang bertugas di sekolah ini hingga sekarang ialah Tuan Haji Mohd Yusof bin Hassan. Pengetua mula berkhidmat di sekolah ini mulai 19 Ogos 2005 hingga kini.
Nama sekolah telah diubah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1) mulai 10 Oktober 2007.