Wednesday, April 6, 2011

Sukantara 2011

Sukantara telah diadakan pada 4 Apr 2011. Rumah yang terlibat adalah rumah Zuhrah, acara Lari 80m dan Lompat Jauh manakala rumah Marikh, acara Lontar Peluru dan Lompat Tinggi. Pada 5 Apr 2011, Rumah Neptune, acara Lari 80m dan Lompat Jauh manakala Rumah Uranus, acara Lompat Tinggi dan Lontar Peluru. Semua acara dimulakan pada pukul 3 ptg.
Pada 6 Apr 2011, sukantara diadakan untuk semua rumah pada pukul 7.30 pagi. Acara tamat pada pukul 12 tgh.

 

Lawatan daripada Thailand

Sekolah telah dikunjungi oleh 110 wakil daripada Thailand pada 5 Apr 2011, pukul 1.30 tgh. Mereka dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk taklimat mengenai sekolah dan sesi soal jawab. Selepas itu mereka menikmati jamuan tengahari di kantin sekolah. Mereka melihat sukantara diadakan di padang sehingga pukul 3.30  petang barulah merela beransur pulang.

Tuesday, March 15, 2011

KURSUS KEPIMPINAN KETUA DAN PENOLONG KELAS




 

Kursus ini untuk melahirkan ketua dan penolong yang berkaliber untuk memimpin pelajar ke arah yang lebih berdisiplin.Khusus ini dibawah kepimpinan bimbingan kaunseling.Program ini telah berjaya dilaksankan di surau Tok Kenali SMK Putrajaya P16(1) dan dijayakan oleh Pembimbing Rakan Sebaya(P.R.S) sebagai fasilitator.Serta kerjasama guru penasihat iaitu Pn. Julaiha, En. Khairil Faiz,Ustazah Hasnah,Pn. Lazidah,Pn.Vijayarani dan lain-lain.

Tuesday, January 25, 2011

Pencapaian PMR 2010

Peratus Pencapaian PMR Tahun 2010 adalah 93.75%. Gred purata telah meningkat daripada 2.06 kepada 1.97. Pelajar yang mendapat 8A juga meningkat kepada 32 orang, 7A seramai 22 orang, 6A seramai 13 orang dan 5A seramai 5 orang. Tahniah kepada semua guru yang terlibat secara lengsung dan tidak langsung dalam meningkatkan prestasi keputusan PMR sekolah kita.


Friday, January 14, 2011

Lagu Sekolah SMKPP16(1)



SMK Putrajaya 3
Dengan megah sinari cahaya
Membina generasi masa depan
Jadi orang berguna

Berwawasan Berilmu dan Berbakti
Itulah pegangan kami
Menjunjung cita-cita Negara
Asuhan guru mulia

Dengarlah suara hati
Kami insan semangat waja
Berikrar dan berjanji
Akan membela bngsa

korus

Dengarlah suara hati
Kami insan semangat waja
Berwawasan, Berilmu
Berbakti kepada Negara

SMK Putrajaya 3
Namamu abadi selamanya
Harum sepanjang masa
Jadi kebanggaan kita

Ulang korus

Lambang keunggulan
SMK Putrajaya….Ti…..Ga

Galeri



[Masih Dalam Pembinaan]

Hubungi SMKPP16(1)



Alamat:

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16 (1)
NO.3, JALAN P16G, PRESINT 16
62150 W.P.PUTRAJAYA

No. Telefon:

03-8880248

Fax:

03-88885144